Showing posts with label Out Reach. Show all posts
Showing posts with label Out Reach. Show all posts

Tuesday, September 15, 2009

Ekspedisi Dakwah Kg Orang Asli Kemensah Hulu Kelang

Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat telah menjalankan satu program Ekspedisi Dakwah ke Perkampungan Orang Asli Kemensah di Hulu Klang, Gombak. Turut sama dalam ekspedisi ini adalah tuan rumah, iaitu Pemuda PAS Hulu Kelang di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak.

Ekspedisi ini bertujuan untuk membina hubungan perkenalan dengan penduduk di perkampungan tersebut bagi membuka lembaran usaha dakwah Islam terhadap mereka. Dalam program santai dan ringkas itu, sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, gula, tepung, minyak dan susu telah diagihkan.

Ekspedisi ini telah diketuai oleh AJK Lajnah Dakwan dan Pembelaan Islam DPPP, saudara Muthanna Saari. Disertai oleh 4 orang Pemuda PAS Hulu Kelang serta 4 orang sukarelawan daripada Hospital UKM.

Sebanyak lebih 20 buah keluarga yang menghuni di lebih kurang 15 buah rumah di perkampungan tersebut telah menerima sumbangan tersebut. Walaubagaimanapun kebanyakan penduduk kampung tersebut tiada di rumah disebabkan masing-masing sibuk ke hutan mencari batang buluh untuk dijual kepada pengusaha lemang di sekitar Lembah Kelang. Oleh itu sumbangan dan ziarah hanya dapat dilakukan dari rumah ke rumah yang dihuni oleh kaum ibu dan anak-anak kecil.

Pun begitu objektif utama program ekspedisi ini adalah untuk memperkenalkan sukarelawan dan para Pemuda PAS yang terlibat kepada sasaran dakwah mereka, yang mana masih belum ada satu pun keluarga orang Asli di sini yang sudah memeluk Islam.

Justeru program penerusan akan direncanakan supaya usaha yang lebih giat lagi dapat dilakukan bagi tujuan dakwah Islamiah.

Sibuk membungkus barang sumbangan

Mendengar taklimat oleh AJK Lajnah Dakwah DPPP sebelum program

Memunggah barang sumbangan dari van milik Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang

Menyampaikan sumbangan

Ziarah rumah ke rumah dan menyampaikan sumbangan

Terharu menerima sumbangan daripada Pemuda PAS

Wakil penduduk yang menjadi guide kami, saudara Sabri

Anjing-anjing yang begitu banyak 'menyertai' ziarah kami
Ceria memikul barang sumbangan dari rumah ke rumah

Bergambar kenangan dengan sebahagian penduduk Kampung
Baca lagi...

Thursday, July 2, 2009

Kembara dakwah Tanah Abang,Johor


Pada 18 Mac yang lalu, satu kembara dakwah telah diadakan di perkampungan orang asli di Tanah Abang,Mersing, Johor Darul Takzim..Rombongan ini juga turut disertai oleh beberapa orang dari Pemuda PAS Negeri Johor. Negeri Johor,sebuah negeri di selatan tanah air yang dikatakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dari segi pembanggunan rupanya tidak seperti yang disangkakan.Melihat kepada prasarana di penempatan orang asli di sini, yang agak daif(lihat gambar penempatan) dan dari segi amalan beragamanya membuatkan para peserta kembara dakwah kali ini terharu dan insaf.



"Rupanya masih ramai lagi rakyat di negeri ini yang masih menderita kesusahan",rintih salah seorang peserta kembara pada kali ini.Berbagai sumbangan seperti beras, gula, tepung, peralatan persekolahan seperti buku dan alat tulis diberikan dan disumbangkan sendiri kepada mereka. Penduduk di sini rata-ratanya beragama Islam, Kristian dan anisme..tahap aqidah bagi penduduk yang beragam Islam di kawasan ini agak menyedihkan sekali.Rombongan kami pada kali ini turut ditemani Ketua Kampung,Pak Awang..Beliau memberikan kerjasama yang baik sepanjang kembara dakwah ini dijalankan.

"salah sebuah penempatan orang asli di sini"

Diharapkan program seumpama ini akan dapat diadakan lagi..InsyaAllah sesi kali ini akan berjalan lagi program sebegini.

Baca lagi...