Tuesday, September 15, 2009

Ekspedisi Dakwah Kg Orang Asli Kemensah Hulu Kelang

Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat telah menjalankan satu program Ekspedisi Dakwah ke Perkampungan Orang Asli Kemensah di Hulu Klang, Gombak. Turut sama dalam ekspedisi ini adalah tuan rumah, iaitu Pemuda PAS Hulu Kelang di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak.

Ekspedisi ini bertujuan untuk membina hubungan perkenalan dengan penduduk di perkampungan tersebut bagi membuka lembaran usaha dakwah Islam terhadap mereka. Dalam program santai dan ringkas itu, sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, gula, tepung, minyak dan susu telah diagihkan.

Ekspedisi ini telah diketuai oleh AJK Lajnah Dakwan dan Pembelaan Islam DPPP, saudara Muthanna Saari. Disertai oleh 4 orang Pemuda PAS Hulu Kelang serta 4 orang sukarelawan daripada Hospital UKM.

Sebanyak lebih 20 buah keluarga yang menghuni di lebih kurang 15 buah rumah di perkampungan tersebut telah menerima sumbangan tersebut. Walaubagaimanapun kebanyakan penduduk kampung tersebut tiada di rumah disebabkan masing-masing sibuk ke hutan mencari batang buluh untuk dijual kepada pengusaha lemang di sekitar Lembah Kelang. Oleh itu sumbangan dan ziarah hanya dapat dilakukan dari rumah ke rumah yang dihuni oleh kaum ibu dan anak-anak kecil.

Pun begitu objektif utama program ekspedisi ini adalah untuk memperkenalkan sukarelawan dan para Pemuda PAS yang terlibat kepada sasaran dakwah mereka, yang mana masih belum ada satu pun keluarga orang Asli di sini yang sudah memeluk Islam.

Justeru program penerusan akan direncanakan supaya usaha yang lebih giat lagi dapat dilakukan bagi tujuan dakwah Islamiah.

Sibuk membungkus barang sumbangan

Mendengar taklimat oleh AJK Lajnah Dakwah DPPP sebelum program

Memunggah barang sumbangan dari van milik Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang

Menyampaikan sumbangan

Ziarah rumah ke rumah dan menyampaikan sumbangan

Terharu menerima sumbangan daripada Pemuda PAS

Wakil penduduk yang menjadi guide kami, saudara Sabri

Anjing-anjing yang begitu banyak 'menyertai' ziarah kami
Ceria memikul barang sumbangan dari rumah ke rumah

Bergambar kenangan dengan sebahagian penduduk Kampung
Baca lagi...

Thursday, July 2, 2009

10 Wasiat alImam asSyaheed Hasan alBanna



  1. Dirkanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.
  2. Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.
  3. Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.
  4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
  7. Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita aialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.
Baca lagi...

Dunia Islam Kehilangan Ust Fathi Yakan

AlFadhil Ustaz Fathi Yakan telah meninggalkan kita pada Sabtu 13 Jun (1933 - 2009), pd usia 76tahun. Jasanya sangat besar dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada'


Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950.
Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.-Al-Fatihah-

Sumber : Ilham Najmi
Baca lagi...

Kembara dakwah Tanah Abang,Johor


Pada 18 Mac yang lalu, satu kembara dakwah telah diadakan di perkampungan orang asli di Tanah Abang,Mersing, Johor Darul Takzim..Rombongan ini juga turut disertai oleh beberapa orang dari Pemuda PAS Negeri Johor. Negeri Johor,sebuah negeri di selatan tanah air yang dikatakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dari segi pembanggunan rupanya tidak seperti yang disangkakan.Melihat kepada prasarana di penempatan orang asli di sini, yang agak daif(lihat gambar penempatan) dan dari segi amalan beragamanya membuatkan para peserta kembara dakwah kali ini terharu dan insaf.



"Rupanya masih ramai lagi rakyat di negeri ini yang masih menderita kesusahan",rintih salah seorang peserta kembara pada kali ini.Berbagai sumbangan seperti beras, gula, tepung, peralatan persekolahan seperti buku dan alat tulis diberikan dan disumbangkan sendiri kepada mereka. Penduduk di sini rata-ratanya beragama Islam, Kristian dan anisme..tahap aqidah bagi penduduk yang beragam Islam di kawasan ini agak menyedihkan sekali.Rombongan kami pada kali ini turut ditemani Ketua Kampung,Pak Awang..Beliau memberikan kerjasama yang baik sepanjang kembara dakwah ini dijalankan.

"salah sebuah penempatan orang asli di sini"

Diharapkan program seumpama ini akan dapat diadakan lagi..InsyaAllah sesi kali ini akan berjalan lagi program sebegini.

Baca lagi...

Wednesday, July 1, 2009

Kepimpinan Pemuda Pas 2009-2011

Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Berikut merupakan senarai tersebut:
Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Zuhdi Marsuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman

Baca lagi...