Thursday, July 2, 2009

10 Wasiat alImam asSyaheed Hasan alBanna



  1. Dirkanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.
  2. Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.
  3. Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.
  4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
  7. Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita aialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

2 comments:

  1. salam.. boleh tak tambah link ker http://dppbaling.blogspot.com/.

    ReplyDelete
  2. Salam

    Syor digantikan dengan Lujnah Dakwah Dan Pemantapan ISLAM.

    ISLAM bagi WOTR tak perlu kepada Pembelaan tapi lebih kearahan Pemantapan KeISLAMan.

    Sebagaimana AL-Quran ada penjagaNya, takkan ada pindaan sampai Hari Kiamat, maknanya secara logik ISLAM pon begitulah tetapi yang perlu diambil perhatian sikap para pendakwah/pimpinan dan sebagainya, adakah mereka benar-benar menjiwai keISLAMan itu.

    WOTR pon tak tahu tapi WOTR rakyat marhain sentiasa memerhatikan segenap penjuru ISLAM yg ingin dibawa kepada kami, buka hanya 'retorik' kepartian sahaja.

    Jika salah pandangan ini tegurlah, no hal selagi memberi manafaat kepada WOTR.

    Secara umum pon takpa.

    ReplyDelete