Tuesday, September 15, 2009

Ekspedisi Dakwah Kg Orang Asli Kemensah Hulu Kelang

Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat telah menjalankan satu program Ekspedisi Dakwah ke Perkampungan Orang Asli Kemensah di Hulu Klang, Gombak. Turut sama dalam ekspedisi ini adalah tuan rumah, iaitu Pemuda PAS Hulu Kelang di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak.

Ekspedisi ini bertujuan untuk membina hubungan perkenalan dengan penduduk di perkampungan tersebut bagi membuka lembaran usaha dakwah Islam terhadap mereka. Dalam program santai dan ringkas itu, sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, gula, tepung, minyak dan susu telah diagihkan.

Ekspedisi ini telah diketuai oleh AJK Lajnah Dakwan dan Pembelaan Islam DPPP, saudara Muthanna Saari. Disertai oleh 4 orang Pemuda PAS Hulu Kelang serta 4 orang sukarelawan daripada Hospital UKM.

Sebanyak lebih 20 buah keluarga yang menghuni di lebih kurang 15 buah rumah di perkampungan tersebut telah menerima sumbangan tersebut. Walaubagaimanapun kebanyakan penduduk kampung tersebut tiada di rumah disebabkan masing-masing sibuk ke hutan mencari batang buluh untuk dijual kepada pengusaha lemang di sekitar Lembah Kelang. Oleh itu sumbangan dan ziarah hanya dapat dilakukan dari rumah ke rumah yang dihuni oleh kaum ibu dan anak-anak kecil.

Pun begitu objektif utama program ekspedisi ini adalah untuk memperkenalkan sukarelawan dan para Pemuda PAS yang terlibat kepada sasaran dakwah mereka, yang mana masih belum ada satu pun keluarga orang Asli di sini yang sudah memeluk Islam.

Justeru program penerusan akan direncanakan supaya usaha yang lebih giat lagi dapat dilakukan bagi tujuan dakwah Islamiah.

Sibuk membungkus barang sumbangan

Mendengar taklimat oleh AJK Lajnah Dakwah DPPP sebelum program

Memunggah barang sumbangan dari van milik Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang

Menyampaikan sumbangan

Ziarah rumah ke rumah dan menyampaikan sumbangan

Terharu menerima sumbangan daripada Pemuda PAS

Wakil penduduk yang menjadi guide kami, saudara Sabri

Anjing-anjing yang begitu banyak 'menyertai' ziarah kami
Ceria memikul barang sumbangan dari rumah ke rumah

Bergambar kenangan dengan sebahagian penduduk Kampung

No comments:

Post a Comment